Spaghetti Diet
Bahan-bahan
1/2 paket spaghetti
4 sudu makan minyak zaitun
200 gram udang dibuang kulit
200 gram bunga kubis
1 biji tomato
5 biji cili padi merah
1 tangkai daun sup
Secubit rosemary
Secubit garam
Cara memasak
Rebus spaghetti sehingga masak. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk.
Basuh bunga kobis, tomato, cili padi & daun sup. Celurkan, angkat dan toskan bunga kubis. Tomato dipotong dadu. Cili padi & daun sup dihiris halus.
Rebus udang sehingga masak. Angkat dan toskan.
Gaul kesemua bahan kecuali rosemary.
Semasa menghidang taburkan rosemary di atasnya.
*Tips :
Bahan yang dicelur dan direbus hendaklah disejukkan menggunakan ais. Hal ini adalah untuk mematikan proses memasak dan mempercepatkan proses penyejukan.
Rosemary adalah sebagai bahan hiasan dan perasa. Jika anda tidak suka, tidak perlu diletakkan.